sumber www.google.com/intl/ms/policies/technologies/ads/
Banyak laman web, seperti tapak dan blog berita, bekerjasama dengan Google untuk memaparkan iklan kepada pelawat mereka. Semasa bekerjasama dengan rakan kongsi kami, kami mungkin menggunakan kuki untuk beberapa tujuan, seperti untuk menghindarkan anda daripada melihat iklan yang sama berulang-ulang kali, untuk mengesan dan menghentikan penipuan klik dan untuk memaparkan iklan yang cenderung untuk menjadi lebih berkaitan (seperti iklan berdasarkan laman web yang anda telah lawati).
Kami menyimpan rekod iklan yang kami sediakan dalam log kami. Log pelayan ini biasanya merangkumi permintaan web anda, alamat IP, jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih banyak kuki yang boleh mengenal pasti penyemak imbas anda secara unik. Kami menyimpan data ini atas beberapa sebab, sebab yang paling penting ialah untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan untuk mengekalkan keselamatan sistem kami. Kami menjadikan data log ini awanama dengan mengeluarkan sebahagian daripada alamat IP (selepas 9 bulan) dan maklumat kuki (selepas 18 bulan).
Kuki ini boleh ditetapkan dari beberapa domain yang berbeza, termasuk google.com, doubleclick.net, invitemedia.com, admeld.com, googlesyndication.com atau googleadservices.com. Sesetengah produk pengiklanan kami membolehkan rakan kongsi kami menggunakan perkhidmatan lain bersama-sama dengan perkhidmatan kami (seperti perkhidmatan pengukuran dan pelaporan iklan) dan perkhidmatan ini mungkin menghantar kukinya sendiri kepada penyemak imbas anda. Kuki ini akan ditetapkan dari domainnya.
Lihat dengan lebih terperinci mengenai jenis kuki yang digunakan oleh Google dan rakan kongsi kami serta cara kami menggunakannya.
Anda juga boleh mengurus banyak kuki syarikat yang digunakan untuk pengiklanan dalam talian di halaman aboutads.info choices yang bertapak di AS atau halaman Pilihan Dalam Talian Anda yang bertapak di EU.
Akhir sekali, anda boleh mengurus kuki dalam penyemak imbas web anda.
Kadangkala iklan yang anda lihat ditentukan berdasarkan lokasi anda. Alamat IP anda biasanya menjadi petunjuk yang baik bagi lokasi anggaran anda. Jadi, anda mungkin melihat iklan di halaman web YouTube.com yang mempromosikan filem yang akan ditayangkan di negara anda.
Kadangkala iklan yang anda lihat ditentukan berdasarkan konteks halaman. Jika anda sedang melihat halaman petua berkebun, anda mungkin melihat iklan untuk peralatan berkebun.
Kadangkala iklan yang anda lihat pada suatu halaman disampaikan oleh Google tetapi dipilih oleh syarikat lain. Contohnya, anda mungkin telah mendaftar dengan tapak web sebuah akhbar. Syarikat tersebut boleh membuat keputusan mengenai iklan yang disiarkan kepada anda berdasarkan maklumat yang telah diberikan kepada akhbar itu dan boleh menggunakan produk penyediaan iklan Google untuk menyampaikan iklan tersebut.
Untuk membolehkan ciri ini berfungsi, Google membaca kuki yang terdapat dalam penyemak imbas anda ataupun meletakkan kuki dalam penyemak imbas anda apabila anda melawati tapak golf, (dengan mengandaikan yang penyemak imbas anda membenarkan perkara ini berlaku).
Apabila anda melawati tapak web lain yang berfungsi menggunakan Google, yang mungkin tiada kaitan dengan golf, anda mungkin melihat iklan untuk kayu golf tersebut. Hal ini berlaku kerana penyemak imbas anda menghantar kuki yang sama kepada Google. Kami pula mungkin menggunakan kuki tersebut untuk menyediakan anda iklan yang mungkin menggalakkan anda membeli kayu golf itu.
Lawatan anda ke tapak golf turut boleh digunakan oleh Google untuk memaparkan kepada anda iklan tersuai apabila anda mencari kayu golf di Google kelak.
Kami ada meletakkan sekatan terhadap pemasaran semula. Contohnya, kami melarang pengiklan daripada memasarkan semula berdasarkan maklumat sensitif seperti maklumat kesihatan atau kepercayaan agama.
Ketahui lebih lanjut mengenai iklan Google.
sumber www.google.com/intl/ms/policies/technologies/ads/
Pengiklanan
Pengiklanan memastikan Google dan banyak laman web dan perkhidmatan dapat anda gunakan secara percuma. Kami gigih berusaha untuk memastikan paparan iklan yang selamat, tidak mengganggu dan berkaitan seboleh yang mungkin. Sebagai contoh, anda tidak akan melihat iklan pop-up di Google dan kami menamatkan akaun ratusan ribu penerbit dan pengiklan yang melanggar dasar kami setiap tahun - termasuk iklan yang mengandungi perisian hasad, iklan untuk barangan palsu atau yang cuba menyalahgunakan maklumat peribadi anda.Cara Google menggunakan kuki dalam pengiklanan
Kuki membantu untuk membuat pengiklanan lebih berkesan. Tanpa kuki, lebih sukar untuk pengiklan mencapai sasarannya atau untuk mengetahui berapa banyak iklan ditunjukkan dan berapa banyak klik yang mereka terima.Banyak laman web, seperti tapak dan blog berita, bekerjasama dengan Google untuk memaparkan iklan kepada pelawat mereka. Semasa bekerjasama dengan rakan kongsi kami, kami mungkin menggunakan kuki untuk beberapa tujuan, seperti untuk menghindarkan anda daripada melihat iklan yang sama berulang-ulang kali, untuk mengesan dan menghentikan penipuan klik dan untuk memaparkan iklan yang cenderung untuk menjadi lebih berkaitan (seperti iklan berdasarkan laman web yang anda telah lawati).
Kami menyimpan rekod iklan yang kami sediakan dalam log kami. Log pelayan ini biasanya merangkumi permintaan web anda, alamat IP, jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih banyak kuki yang boleh mengenal pasti penyemak imbas anda secara unik. Kami menyimpan data ini atas beberapa sebab, sebab yang paling penting ialah untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan untuk mengekalkan keselamatan sistem kami. Kami menjadikan data log ini awanama dengan mengeluarkan sebahagian daripada alamat IP (selepas 9 bulan) dan maklumat kuki (selepas 18 bulan).
Kuki pengiklanan kami
Untuk membantu rakan kongsi kami mengurus pengiklanan dan laman web mereka, kami menawarkan banyak produk, termasuk AdSense, AdWords, Analitis Google dan pelbagai perkhidmatan berjenama DoubleClick. Apabila anda melawat halaman yang menggunakan salah satu produk ini, sama ada di salah satu tapak Google atau salah satu tapak rakan kongsi kami, pelbagai kuki mungkin dihantar ke penyemak imbas anda.Kuki ini boleh ditetapkan dari beberapa domain yang berbeza, termasuk google.com, doubleclick.net, invitemedia.com, admeld.com, googlesyndication.com atau googleadservices.com. Sesetengah produk pengiklanan kami membolehkan rakan kongsi kami menggunakan perkhidmatan lain bersama-sama dengan perkhidmatan kami (seperti perkhidmatan pengukuran dan pelaporan iklan) dan perkhidmatan ini mungkin menghantar kukinya sendiri kepada penyemak imbas anda. Kuki ini akan ditetapkan dari domainnya.
Lihat dengan lebih terperinci mengenai jenis kuki yang digunakan oleh Google dan rakan kongsi kami serta cara kami menggunakannya.
Cara anda boleh mengawal kuki pengiklanan
Anda boleh menggunakan Tetapan Iklan untuk mengurus iklan Google yang anda lihat dan memilih untuk tidak ikut serta iklan yang berasaskan minat. Walaupun anda memilih untuk tidak ikut serta iklan yang berasaskan minat, anda mungkin masih melihat iklan berdasarkan faktor seperti lokasi umum anda yang diperoleh daripada alamat IP anda, jenis penyemak imbas anda dan carian lalu terbaharu yang berkaitan dengan carian semasa anda.Anda juga boleh mengurus banyak kuki syarikat yang digunakan untuk pengiklanan dalam talian di halaman aboutads.info choices yang bertapak di AS atau halaman Pilihan Dalam Talian Anda yang bertapak di EU.
Akhir sekali, anda boleh mengurus kuki dalam penyemak imbas web anda.
Teknologi lain yang digunakan dalam pengiklanan
Sistem pengiklanan Google mungkin menggunakan teknologi lain, termasuk Flash dan HTML5, untuk fungsi seperti paparan format iklan interaktif. Kami mungkin menggunakan alamat IP, contohnya, untuk mengenal pasti lokasi am anda. Kami juga boleh memilih pengiklanan berdasarkan maklumat mengenai komputer atau peranti anda, seperti model peranti anda, jenis penyemak imbas atau sensor dalam peranti anda seperti meter pecutan.Lokasi
Produk iklan Google mungkin menerima atau membuat kesimpulan daripada maklumat mengenai lokasi anda daripada pelbagai sumber. Contohnya, kami mungkin menggunakan alamat IP untuk mengenal pasti lokasi umum anda; kami mungkin menerima lokasi yang tepat daripada peranti mudah alih anda; kami mungkin membuat kesimpulan mengenai lokasi anda daripada pertanyaan carian anda; dan laman web atau apl yang anda gunakan mungkin menghantar maklumat mengenai lokasi anda kepada kami. Google menggunakan maklumat lokasi dalam produk iklannya untuk menambah baik perkaitan iklan yang anda lihat, untuk mengukur prestasi iklan dan untuk melaporkan perangkaan awanama kepada para pengiklan.Pengecam pengiklanan pada peranti mudah alih
Untuk menyediakan iklan dalam perkhidmatan yang tidak tersedia dengan teknologi kuki (contohnya, dalam aplikasi mudah alih), kami boleh menggunakan teknologi yang melaksanakan fungsi yang serupa seperti kuki. Untuk menarik diri daripada iklan berasaskan minat, ikut arahan di bawah untuk peranti mudah alih anda.Android
- Buka apl Tetapan Google pada peranti anda
- Pilih Iklan
iOS
Peranti yang menggunakan iOS 6 dan ke atas menggunakan Pengecam Pengiklanan Apple. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mengehadkan penjejakan iklan menggunakan pengecam ini, lawati menu Tetapan pada peranti anda.Apakah yang menentukan iklan oleh Google yang saya lihat?
Banyak keputusan dibuat untuk menentukan iklan yang anda lihat.Kadangkala iklan yang anda lihat ditentukan berdasarkan lokasi anda. Alamat IP anda biasanya menjadi petunjuk yang baik bagi lokasi anggaran anda. Jadi, anda mungkin melihat iklan di halaman web YouTube.com yang mempromosikan filem yang akan ditayangkan di negara anda.
Kadangkala iklan yang anda lihat ditentukan berdasarkan konteks halaman. Jika anda sedang melihat halaman petua berkebun, anda mungkin melihat iklan untuk peralatan berkebun.
Kadangkala iklan yang anda lihat pada suatu halaman disampaikan oleh Google tetapi dipilih oleh syarikat lain. Contohnya, anda mungkin telah mendaftar dengan tapak web sebuah akhbar. Syarikat tersebut boleh membuat keputusan mengenai iklan yang disiarkan kepada anda berdasarkan maklumat yang telah diberikan kepada akhbar itu dan boleh menggunakan produk penyediaan iklan Google untuk menyampaikan iklan tersebut.
Mengapa saya melihat iklan oleh Google untuk produk yang telah saya lihat?
Anda mungkin melihat iklan untuk produk yang pernah anda lihat melalui khidmat yang dikenali sebagai pemasaran semula. Andaikan anda melawat tapak web yang menjual kayu golf, tetapi anda tidak membeli kayu golf tersebut pada lawatan pertama anda. Pemilik tapak web tersebut mungkin mahu menggalakkan anda kembali dan melengkapkan pembelian anda. Google menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pengendali tapak web menyasarkan iklan mereka kepada orang yang melawati tapak mereka.Untuk membolehkan ciri ini berfungsi, Google membaca kuki yang terdapat dalam penyemak imbas anda ataupun meletakkan kuki dalam penyemak imbas anda apabila anda melawati tapak golf, (dengan mengandaikan yang penyemak imbas anda membenarkan perkara ini berlaku).
Apabila anda melawati tapak web lain yang berfungsi menggunakan Google, yang mungkin tiada kaitan dengan golf, anda mungkin melihat iklan untuk kayu golf tersebut. Hal ini berlaku kerana penyemak imbas anda menghantar kuki yang sama kepada Google. Kami pula mungkin menggunakan kuki tersebut untuk menyediakan anda iklan yang mungkin menggalakkan anda membeli kayu golf itu.
Lawatan anda ke tapak golf turut boleh digunakan oleh Google untuk memaparkan kepada anda iklan tersuai apabila anda mencari kayu golf di Google kelak.
Kami ada meletakkan sekatan terhadap pemasaran semula. Contohnya, kami melarang pengiklan daripada memasarkan semula berdasarkan maklumat sensitif seperti maklumat kesihatan atau kepercayaan agama.
Ketahui lebih lanjut mengenai iklan Google.
sumber www.google.com/intl/ms/policies/technologies/ads/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Kita Adalah Teman... Maka berkomentarlah dengan bijak.