Kategori

Tampilkan postingan dengan label Webmaster Blog. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Webmaster Blog. Tampilkan semua postingan

Jumat, 10 Juli 2015

Google Teknologi dan Prinsip

www.google.com/intl/ms/policies/technologies/ads/

Teknologi dan Prinsip

Di Google, kami mengutarakan idea dan produk yang sering mendorong teknologi sedia ada sehingga ke hadnya. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, kami berusaha dengan gigih bagi memastikan sebarang inovasi diseimbangkan dengan tahap privasi dan keselamatan yang bersesuaian untuk pengguna kami. Prinsip Privasi kami membantu memberikan panduan tentang keputusan yang kami buat pada setiap peringkat syarikat kami supaya kami boleh membantu melindungi dan memberikan kuasa kepada para pengguna kami sambil memenuhi wawasan yang berterusan untuk menyusun maklumat dunia.

Prinsip privasi

  1. Gunakan maklumat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan bernilai kepada pengguna kami.
    “Tumpukan pada menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik” merupakan prinsip pertama falsafah Google. Apabila pengguna berkongsi maklumat dengan kami, ia membolehkan kami membina perkhidmatan dan produk yang bernilai untuk mereka. Kami percaya bahawa dengan menumpukan pada pengguna, boleh merangsang ciri yang menitikberatkan produk dan privasi yang telah menjana inovasi dan membina khalayak pengguna dalam talian yang setia.
    Kami belajar daripada kesilapan menaip dan ejaan yang kita semua lakukan apabila membuat carian bagi membantu memberikan anda hasil carian yang lebih cepat dan lebih tepat. Jadi, jika anda menaip [grizzly pears], kami boleh mengagak yang anda mungkin maksudkan [grizzly bears].
  2. Bangunkan produk yang menggambarkan piawaian dan amalan privasi yang kuat.
    Cita-cita kami adalah untuk berada di puncak teknologi, termasuk pembangunan alat yang membantu pengguna menguruskan maklumat peribadi mereka dengan cara yang boleh dicapai dengan mudah tanpa mengurangkan pengalaman pengguna yang bernilai. Kami mematuhi undang-undang privasi dan di samping itu berusaha secara dalaman dan bersama-sama dengan pengawal dan rakan kongsi industri dalam membangunkan dan melaksanakan piawai privasi yang kukuh.
    Kami mereka Google+ dengan kalangan bagi memudahkan perkongsian perkara yang berbeza dengan orang yang berlainan. Jadi, anda boleh letakkan rakan anda dalam satu kalangan, keluarga anda dalam kalangan yang lain dan bos anda dalam kalangannya tersendiri – sama seperti dalam kehidupan sebenar.
  3. Jadikan pengumpulan maklumat peribadi telus.
    Kami berusaha untuk menunjukkan kepada pengguna maklumat yang kami gunakan bagi menyesuaikan perkhidmatan kami. Di mana bersesuaian, kami menyasarkan untuk telus mengenai maklumat yang kami ada mengenai setiap pengguna dan bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut untuk menyampaikan perkhidmatan kami.
    Google Dashboard membantu menjawab soalan, “Apakah yang Google tahu mengenai saya?” Ia memaparkan kepada anda maklumat yang disimpan dalam Akaun Google anda, seperti blog Blogger terakhir anda atau foto anda yang dimuat naik dan membolehkan anda menukar tetapan privasi anda untuk banyak produk Google dari satu lokasi pusat.
  4. Berikan pengguna pilihan yang bermakna untuk melindungi privasi mereka.
    Orang ramai mempunyai kebimbangan dan keperluan privasi yang berbeza. Bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna kami, Google berusaha untuk menawarkan kepada mereka pilihan yang bermakna dan telah diperhalusi berkenaan penggunaan maklumat peribadi mereka. Kami percaya maklumat peribadi tidak sepatutnya ditahan dan kami beriltizam untuk membina produk yang membenarkan pengguna mengeksport maklumat peribadi mereka ke perkhidmatan lain. Kami tidak menjual maklumat peribadi pengguna.
    Dengan alat privasi kami anda boleh menyulitkan trafik carian anda antara komputer anda dan Google, menyemak imbas di internet secara peribadi, memadamkan sejarah carian anda, memindahkan data anda keluar daripada produk Google dengan mudah dengan usaha Pembebasan Data kami dan banyak lagi.
  5. Menjadi penjaga yang bertanggungjawab terhadap maklumat yang kami pegang.
    Kami mengakui tanggungjawab kami untuk melindungi data yang diamanahkan oleh pengguna kepada kami. Kami amat mengambil berat tentang isu keselamatan dan berusaha bersama-sama dengan komuniti pengguna, pembangun dan pakar keselamatan luaran yang besar bagi menjadikan Internet semakin selamat dan lebih terjamin.
    Kami mereka keselamatan dan ketahanan pada produk kami bermula dari bawah ke atas. Pengimbas automatik kami menggunakan data untuk melindungi berjuta-juta pengguna setiap hari daripada perisian hasad, komplot pemancingan data, penipuan dan spam.

Kamis, 02 Juli 2015

Cara Google Menggunakan Kuki dalam Sebuah Pengiklanan

sumber www.google.com/intl/ms/policies/technologies/ads/

Pengiklanan

Pengiklanan memastikan Google dan banyak laman web dan perkhidmatan dapat anda gunakan secara percuma. Kami gigih berusaha untuk memastikan paparan iklan yang selamat, tidak mengganggu dan berkaitan seboleh yang mungkin. Sebagai contoh, anda tidak akan melihat iklan pop-up di Google dan kami menamatkan akaun ratusan ribu penerbit dan pengiklan yang melanggar dasar kami setiap tahun - termasuk iklan yang mengandungi perisian hasad, iklan untuk barangan palsu atau yang cuba menyalahgunakan maklumat peribadi anda.

Cara Google menggunakan kuki dalam pengiklanan

Kuki membantu untuk membuat pengiklanan lebih berkesan. Tanpa kuki, lebih sukar untuk pengiklan mencapai sasarannya atau untuk mengetahui berapa banyak iklan ditunjukkan dan berapa banyak klik yang mereka terima.
Banyak laman web, seperti tapak dan blog berita, bekerjasama dengan Google untuk memaparkan iklan kepada pelawat mereka. Semasa bekerjasama dengan rakan kongsi kami, kami mungkin menggunakan kuki untuk beberapa tujuan, seperti untuk menghindarkan anda daripada melihat iklan yang sama berulang-ulang kali, untuk mengesan dan menghentikan penipuan klik dan untuk memaparkan iklan yang cenderung untuk menjadi lebih berkaitan (seperti iklan berdasarkan laman web yang anda telah lawati).
Kami menyimpan rekod iklan yang kami sediakan dalam log kami. Log pelayan ini biasanya merangkumi permintaan web anda, alamat IP, jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih banyak kuki yang boleh mengenal pasti penyemak imbas anda secara unik. Kami menyimpan data ini atas beberapa sebab, sebab yang paling penting ialah untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan untuk mengekalkan keselamatan sistem kami. Kami menjadikan data log ini awanama dengan mengeluarkan sebahagian daripada alamat IP (selepas 9 bulan) dan maklumat kuki (selepas 18 bulan).

Kuki pengiklanan kami

Untuk membantu rakan kongsi kami mengurus pengiklanan dan laman web mereka, kami menawarkan banyak produk, termasuk AdSense, AdWords, Analitis Google dan pelbagai perkhidmatan berjenama DoubleClick. Apabila anda melawat halaman yang menggunakan salah satu produk ini, sama ada di salah satu tapak Google atau salah satu tapak rakan kongsi kami, pelbagai kuki mungkin dihantar ke penyemak imbas anda.
Kuki ini boleh ditetapkan dari beberapa domain yang berbeza, termasuk google.com, doubleclick.net, invitemedia.com, admeld.com, googlesyndication.com atau googleadservices.com. Sesetengah produk pengiklanan kami membolehkan rakan kongsi kami menggunakan perkhidmatan lain bersama-sama dengan perkhidmatan kami (seperti perkhidmatan pengukuran dan pelaporan iklan) dan perkhidmatan ini mungkin menghantar kukinya sendiri kepada penyemak imbas anda. Kuki ini akan ditetapkan dari domainnya.
Lihat dengan lebih terperinci mengenai jenis kuki yang digunakan oleh Google dan rakan kongsi kami serta cara kami menggunakannya.

Cara anda boleh mengawal kuki pengiklanan

Anda boleh menggunakan Tetapan Iklan untuk mengurus iklan Google yang anda lihat dan memilih untuk tidak ikut serta iklan yang berasaskan minat. Walaupun anda memilih untuk tidak ikut serta iklan yang berasaskan minat, anda mungkin masih melihat iklan berdasarkan faktor seperti lokasi umum anda yang diperoleh daripada alamat IP anda, jenis penyemak imbas anda dan carian lalu terbaharu yang berkaitan dengan carian semasa anda.
Anda juga boleh mengurus banyak kuki syarikat yang digunakan untuk pengiklanan dalam talian di halaman aboutads.info choices yang bertapak di AS atau halaman Pilihan Dalam Talian Anda yang bertapak di EU.
Akhir sekali, anda boleh mengurus kuki dalam penyemak imbas web anda.

Teknologi lain yang digunakan dalam pengiklanan

Sistem pengiklanan Google mungkin menggunakan teknologi lain, termasuk Flash dan HTML5, untuk fungsi seperti paparan format iklan interaktif. Kami mungkin menggunakan alamat IP, contohnya, untuk mengenal pasti lokasi am anda. Kami juga boleh memilih pengiklanan berdasarkan maklumat mengenai komputer atau peranti anda, seperti model peranti anda, jenis penyemak imbas atau sensor dalam peranti anda seperti meter pecutan.

Lokasi

Produk iklan Google mungkin menerima atau membuat kesimpulan daripada maklumat mengenai lokasi anda daripada pelbagai sumber. Contohnya, kami mungkin menggunakan alamat IP untuk mengenal pasti lokasi umum anda; kami mungkin menerima lokasi yang tepat daripada peranti mudah alih anda; kami mungkin membuat kesimpulan mengenai lokasi anda daripada pertanyaan carian anda; dan laman web atau apl yang anda gunakan mungkin menghantar maklumat mengenai lokasi anda kepada kami. Google menggunakan maklumat lokasi dalam produk iklannya untuk menambah baik perkaitan iklan yang anda lihat, untuk mengukur prestasi iklan dan untuk melaporkan perangkaan awanama kepada para pengiklan.

Pengecam pengiklanan pada peranti mudah alih

Untuk menyediakan iklan dalam perkhidmatan yang tidak tersedia dengan teknologi kuki (contohnya, dalam aplikasi mudah alih), kami boleh menggunakan teknologi yang melaksanakan fungsi yang serupa seperti kuki. Untuk menarik diri daripada iklan berasaskan minat, ikut arahan di bawah untuk peranti mudah alih anda.

Android

  1. Buka apl Tetapan Google pada peranti anda
  2. Pilih Iklan

iOS

Peranti yang menggunakan iOS 6 dan ke atas menggunakan Pengecam Pengiklanan Apple. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mengehadkan penjejakan iklan menggunakan pengecam ini, lawati menu Tetapan pada peranti anda.

Apakah yang menentukan iklan oleh Google yang saya lihat?

Banyak keputusan dibuat untuk menentukan iklan yang anda lihat.
Kadangkala iklan yang anda lihat ditentukan berdasarkan lokasi anda. Alamat IP anda biasanya menjadi petunjuk yang baik bagi lokasi anggaran anda. Jadi, anda mungkin melihat iklan di halaman web YouTube.com yang mempromosikan filem yang akan ditayangkan di negara anda.
Kadangkala iklan yang anda lihat ditentukan berdasarkan konteks halaman. Jika anda sedang melihat halaman petua berkebun, anda mungkin melihat iklan untuk peralatan berkebun.
Kadangkala iklan yang anda lihat pada suatu halaman disampaikan oleh Google tetapi dipilih oleh syarikat lain. Contohnya, anda mungkin telah mendaftar dengan tapak web sebuah akhbar. Syarikat tersebut boleh membuat keputusan mengenai iklan yang disiarkan kepada anda berdasarkan maklumat yang telah diberikan kepada akhbar itu dan boleh menggunakan produk penyediaan iklan Google untuk menyampaikan iklan tersebut.

Mengapa saya melihat iklan oleh Google untuk produk yang telah saya lihat?

Anda mungkin melihat iklan untuk produk yang pernah anda lihat melalui khidmat yang dikenali sebagai pemasaran semula. Andaikan anda melawat tapak web yang menjual kayu golf, tetapi anda tidak membeli kayu golf tersebut pada lawatan pertama anda. Pemilik tapak web tersebut mungkin mahu menggalakkan anda kembali dan melengkapkan pembelian anda. Google menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pengendali tapak web menyasarkan iklan mereka kepada orang yang melawati tapak mereka.
Untuk membolehkan ciri ini berfungsi, Google membaca kuki yang terdapat dalam penyemak imbas anda ataupun meletakkan kuki dalam penyemak imbas anda apabila anda melawati tapak golf, (dengan mengandaikan yang penyemak imbas anda membenarkan perkara ini berlaku).
Apabila anda melawati tapak web lain yang berfungsi menggunakan Google, yang mungkin tiada kaitan dengan golf, anda mungkin melihat iklan untuk kayu golf tersebut. Hal ini berlaku kerana penyemak imbas anda menghantar kuki yang sama kepada Google. Kami pula mungkin menggunakan kuki tersebut untuk menyediakan anda iklan yang mungkin menggalakkan anda membeli kayu golf itu.
Lawatan anda ke tapak golf turut boleh digunakan oleh Google untuk memaparkan kepada anda iklan tersuai apabila anda mencari kayu golf di Google kelak.
Kami ada meletakkan sekatan terhadap pemasaran semula. Contohnya, kami melarang pengiklan daripada memasarkan semula berdasarkan maklumat sensitif seperti maklumat kesihatan atau kepercayaan agama.
Ketahui lebih lanjut mengenai iklan Google.

sumber www.google.com/intl/ms/policies/technologies/ads/

Jumat, 26 Juni 2015

Update Tempat Tukar Link | tutorial blogspot

Kumpulan Link teman = Bani fahmi blog tentang Seo link = bani-fahmi.blogspot.in/ . Tentang Seo http://belajarseo.mywapblog.com/ . Tentang Bisnis http://kib-banjar.blogspot.com Tentang Bisnis http://www.penasaran.net/?ref=g3vqfc , bagi yang ingin bertukar link silahkan berkomentar